Bayi 10 Bulan Hanyut Di Lautan Selepas Ibubapanya Terlupa!!!


Ini kerja gila. Biarkan anak terapung di lautan dan kemudian lupa!

Sepasang suami isteri yang sedang berehat dalam bot cemas apabila tiba-tiba menyedari bayi berusia 10 bulan itu tiada bersama mereka.

Terdahulu, bayi perempuan itu, Melda dipakaikan pelampung sebelum dilepaskan di tengah laut.

Ketika kejadian, keluarga Ilgin itu sedang menikmati percutian di pantai berhampiran bandar Kucukkuyu, barat daya Turki baru-baru ini.

Bagaimanapun apabila pasangan itu menyedari apa yang berlaku, Melda sudah berada lebih satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilepaskan ke laut.

Menurut Daily Mail, insiden berkenaan disedari pengunjung pantai yang ternampak ombak kuat dan angin kencang menghanyutkan Melda jauh dari bot berkenaan ke arah Pulau Lesbos.

Mereka kemudian menghubungi pengawal pantai Turki yang bertindak pantas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan bayi berkenaan sebelum menyerahkan bayi itu kepada ibu bapanya.

0 Response to "Bayi 10 Bulan Hanyut Di Lautan Selepas Ibubapanya Terlupa!!!"