Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Bt Sultan Ibrahim merupakan Puteri tunggal dan Anakanda kedua dari enam orang adik beradik kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah Bt Almarhum Sultan Idris Shah.
Yang Amat Mulia Paduka Puteri dilahirkan pada 8 April 1986 di Johor Bharu. Menerima Pendidikan awal di Tadika Hiltop sebelum melangkah kaki ke Sekolah Convent Johor Bharu. Yang Amat Mulia Paduka Puteri seterusnya menyambung pelajaran peringkat A-Level di Kolej Salle, Australian Singapore Scholl Singapura. Menjadi satu-satunya Puteri dalam kalangan 5 orang adik beradik yang lain membuatkan Paduka Puteri atau panggilan mesranya ialah Tunku Inah menjadi perhatian keluarga.
Mengakui lebih rapat dan manja dengan Ayahanda, bukan satu tiket besar untuk Tunku Inah mendapatkan apa sahaja yang dihajati dengan mudah dan kadang- kadang ada permintaan yang tidak dapat ditunaikan oleh Paduka Ayahanda nya. Ini kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dan Tuanku Raja Zarith Sofiah telah mengajar Putera Puteri baginda sejak kecil supaya tidak menunjuk-nunjuk dan menjadi insan yang merendah diri, selain menghormati orang lain.
“Bagaikan puteri, kisah khayalan, yang hidupnya suci & sempurna…”. Terus rasa nak nyanyi lagu ni bila melihat kehidupan Yang Amat Mulia Tunku Mulia Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail ini.
Masa zaman kanak-kanak dulu selalu berangan nak jadi seorang puteri. Tun Aminah ni tak perlu berangan-angan sebab memang dah dilahirkan sebagai ‘puteri’. Malah, puteri yang cantik!
Masa zaman kanak-kanak dulu selalu berangan nak jadi seorang puteri. Tun Aminah ni tak perlu berangan-angan sebab memang dah dilahirkan sebagai ‘puteri’. Malah, puteri yang cantik!
0 Response to "7 Gaya Hidup Tunku Aminah Yang Ramai Tak Tahu"
Catat Ulasan