MC ‘sakit nye tuh di sini’...


“Gurauan ini memalukan dan menjatuhkan kredibiliti profesion saya sebagai seorang doktor perubatan,” jelas Dr Asmah Ghazali, 57, yang kecewa selepas menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab mengubah kandungan sijil cuti sakit dikeluarkan klinik miliknya di Taman Sri Keramat di sini.

Berdasarkan penyebaran viral itu, sijil cuti sakit itu tertera nama mangsa yang turut tertulis perkataan ‘1 hari mc kerana sakit nye tuh di sini’.


Menurutnya, dia mula menyedari perkara itu pada jam 1.45 petang kelmarin apabila gambar sijil cuti sakit itu dihantar adik iparnya yang berada di Johor Bahru menerusi aplikasi WhatsApp.

“Adik ipar saya itu mahukan kepastian berhubung perkara berkenaan berikutan nama saya turut tersebar sama pada gambar berkenaan.

“Pada mula saya sangkakan ia satu bentuk gurauan yang tidak mendatangkan kesan. Namun, saya terkejut apabila turut menghubungi saya dan bertanyakan perkara sama,” katanya.




0 Response to "MC ‘sakit nye tuh di sini’..."