Orang Terakhir Terima Kes Akta Hasutan Sebelum Dimansuhkan

Uncleseekers - Akta Hasutan 1948


Berita terkini - 12 Julai 2012. Uncleseekers atau Syed Abdullah bin Syed Hussien Alattas telah dibawa ke Mahkamah Majistret Trafik Khas Johor Bharu untuk tahanan reman di atas kes baru iaitu AKTA HASUTAN 1948 di mana akta ini telah pun berusia 64 tahun.


Pegawai penyiasat bagi kes yang baru ini adalah ASP Abdul Halid telah memohon tempoh reman yang panjang tetapi setelah dihujah oleh peguambela T. Kumar (Gambar di atas kanan sekali) selama hampir satu jam ia ditolak oleh majistret dan hanya 3 hari sahaja diberi.

Akta hasutan yang berusia 64 tahun ini akan dimansuhkan dan diganti dengan akta yang baru sepertimana yang diucap oleh Perdana Menteri semalam.

Semoga beliau mendapat pembelaan dan bicara yang adil di mahkamah nanti -Lapor Zelmey

Klik untuk baca pemansuhan tersebut

0 Response to "Orang Terakhir Terima Kes Akta Hasutan Sebelum Dimansuhkan"