Perkhidmatan TM Macam Haram jadah!!

Hampir mencecah 3 minggu permasalah internet dikampung saya jertih, terengganu  tidak dapat selesaikan oleh pihak TM, mungkin kawasan pendalaman ataupun hulu saya tidak tahu dan itu bukanlah jangka masa yang pendek.


Sebelum ini, saya hanya membiarkan sahaja isteri dan juga adik ipar saya untuk selesaikan permasalahan ini, tetapi nyata panggilan mereka hanya sekadar tanya khabar TM sahaja, sihat ke tak? dah makan ke belum?

kebiasaannya talian internet dikampung, kebanyakannya anak-anak di ibukota yang akan pasangkan internet untuk ibubapa mereka, mudah untuk mengakses internet atau sebaliknya.Tetapi mereka bukanlah technician yang boleh selenggara modem dirumah, Jauh beza jika dibandingkan dengan technician TM.

separuh bulan masalah ini berlaku, tiada jalan penyelesaiannya. Apa salahnya jika pihak TM hantar technician untuk lihat permasalah itu?

Isteri dan adik ipar saya telah menghubungi talian bebas tol TM 1-300-88-1221, bukan sekali tetapi TUJUH kali kerana talian internet gagal berfungsi.

Setiap kali telefon 1-800-bebas tol :

" kami sudah highlightkan permasalahan tuan kepada technician disana, harap tuan dapat bersabar"

saya masih lagi bersabar dan saya masih lagi menunggu keputusan dari pihak TM yang sangat lembab servisnya walaupun sudahpun hampir mencecah 3 minggu.

sebelum ini, adik ipar saya terus ke TM jertih untuk memberitahu permasalah ini, tetapi jawapan yang saya dengar itu rasanya memang mintak penampar,

"itu bukan bidang kerja kami".... WTF kau cakap macam tu.

awal pagi tadi saya menghubungi TM, dan jawapan yang sama juga saya dapat :

" kami sudah highlightkan permasalahan tuan kepada technician disana, harap tuan dapat bersabar"

dan saya cuba mendesak perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Jika pihak TM rasa tidak mampu untuk lakukan pembaikan secepat mungkin ataupun tidak tahu cara untuk baik pulih, bagitahu dekat kami, "kami tidak mampu tolong permasalahan tuan. ".

Tolong tukar TM "telekom malaysia kepada "TM : Tempat Menunggu".

baca kat sini, yang ini lebih terperinci dan jawapan dia sama tak berubah  : klik sini




0 Response to "Perkhidmatan TM Macam Haram jadah!!"