Nahas bas Genting Highlands paling buruk sejak 17 tahun


Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, sekurang-kurangnya 37 penumpang daripada kesemua 53 penumpang bas ekspres Genting disahkan meninggal dunia. manakala baki 16 penumpang dilaporkan cedera.

Lima mangsa yang cedera dirawat di HKL tiga diantaranya kritikal dan kini dilaporkan kembali stabil, lapan di Hospital Selayang, dua di Hospital Sungai Buloh dan seorang di Hospital Bentong.


Ali Haider adalah antara mangsa yang terselamat dalam nahas bas yang jatuh dalam gaung di KM3.5 Lebuh Raya Karak yang merupakan warga bangladesh mengalami patah bahu dan kaki kiri  kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sebelum kejadian itu berlaku, mangsa sempat menghubungi majikannya  Siti Rohamuton Yusof  dan memberitahu bas yang dinaikinya dipandu laju ditambah pula mengalami masalah brek.


ketika ditemui media, Siti Rohamuton memberitahu, dia turut menyertai Ali Haider dan empat ahli keluarganya berkunjung ke pusat peranginan Tanah Tinggi Genting, semalam.

"Semasa saya menemui dia sebentar tadi, dia kata bas laju dan brek masalah sebelum jatuh gaung," katanya.

 "Saya pada mulanya menyertai mereka berlima semalam. Tapi cable car rosak, kami pulang ke Kuala Lumpur. Hari ini mereka pergi lagi kerana nak merasai pengalaman menaiki cable car di Malaysia, namun saya tidak turut serta.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor, berkata operasi mencari mayat mangsa akan diteruskan unit anjing pengesan esok.

"Kes masih dalam siasatan dan daripada tinjauan yang dilakukan keadaan jalan kering serta cuaca cerah. Ia mungkin disebabkan kecuaian pemandu ataupun masalah teknikal bas," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Operasi menyelamat mangsa nahas bas penumpang dilaporkan ditamatkan kira-kira jam 8.25 malam tadi dan bangkai bas akan diangkat awal pagi esok oleh PUSPAKOM.

0 Response to "Nahas bas Genting Highlands paling buruk sejak 17 tahun"