Azwan banned semua majlis berprestij, Percaya diperalatkan penganjur?


TIDAK pernah lari daripada kontroversi ke mana saja kakinya melangkah, selebriti sensasi, Azwan Ali mengesahkan telah menolak semua jemputan untuk menghadiri mana-mana majlis berprestij sejak kembali daripada menunaikan umrah, beberapa bulan lalu.

Menurutnya, tindakan itu diambil setelah menyedari kehadirannya di majlis-majlis tersebut hanya diperalatkan oleh pihak penganjur.

“Selepas balik dari tunaikan umrah kali ke lapan, Azwan Ali tolak semua jemputan kerana tiga isu iaitu melibatkan restoran, Nabil dan kemalangan jalan raya. Kontroversi itu datang berterusan, jadi, mungkin itu signal dari Tuhan supaya saya ‘tone down’.

“Azwan Ali juga banned semua acara berprestij hiburan Malaysia. Kenapa? (kerana) Azwan Ali menyedari bahawa kehadirannya di majlis-majlis itu hanya diperalatkan.

“Selepas itu, saya melarikan diri daripada sebarang ‘spotlight’ atau kamera dan sehinggalah hari ini (semalam), akhirnya saya muncul kembali di Sinar Harian,” katanya kepada Sinar Online dalam satu temu bual khas, semalam.

Dalam pada itu, pengacara yang sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi ini juga melahirkan kekecewaan apabila setelah 27 tahun dalam industri, dia hanya dijemput sebagai tetamu dalam mana-mana majlis anjuran stesen-stesen TV tertentu.

“Berpuluh-puluh program stesen TV, apa masalahnya sehingga saya hanya diundang sebagai tetamu?

“Saya tidak minta jadi pengacara. Sekurang-kurangnya saya diberi ruang sebagai penyampai anugerah ataupun segmen khas,” katanya.

Azwan juga mengakui setelah pulang menunaikan umrah kali ke lapan pada Julai lalu, dia telah menutup laman mikro Twitternya dan hanya menggunakan laman Instagram untuk berinteraksi dengan peminat-peminatnya.

“Saya lebih tenang apabila tutup Twitter. Jika tidak, setiap hari saya tertekan dengan komen-komen negatif termasuk makian yang penuh di ‘timeline’ saya.

“Sekarang saya hanya guna Instagram untuk update apa-apa perkembangan dan aktiviti Azwan Ali,” katanya.

Ketika ditanya perkembangan terbaru mengenai dirinya, Azwan Ali akui masih bergiat aktif dengan persembahan bagi program-program tertutup serta telah berjinak dengan perniagaan online, rendang hasil resepi ibunya sendiri.

0 Response to "Azwan banned semua majlis berprestij, Percaya diperalatkan penganjur?"