MEMALUKAN !!!!! Pemain bejuang bermati-matian, penyokong mematikan semangat!!!!


BANGKIT daripada kekalahan yang disifatkan memalukan baru-baru ini, skuad Harimau Malaya sekurang-kurangnya mampu menarik nafas lega dengan berbeza satu jaringan dengan Arab Saudi.

Malaysia tewas 1-2 kepada Arab Saudi dalam perlawanan aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam, di sini, malam ini.

Berhempas pulas di awal perlawanan, Malaysia diserang bertali arus tanpa henti sehingga tamat separuh masa pertama dengan terikat 0-0.

Separuh masa kedua, saingan semakin sengit dan kedua-dua pasukan menggandakan asakan.

Pada minit ke-70 perlawanan, akhirnya gawang Arab Saudi berjaya dibolosi hasil jaringan Safiq Rahim.

Namun tidak lama berselang, Arab Saudi menyamakan kedudukan menerusi Taiseer Al Jassam menjadikan kedudukan 1-1

Tidak cukup dengan itu, Arab Saudi terus mengasak dan gawang Malaysia dibolosi sekali lagi menerusi jaringan Mohammed Al Sahlawi pada minit ke-76.

Walaupun di padang, pemain Malaysia berjuang bermati-matian mempertahankan maruah negara, lain pula ceritanya di kerusi penyokong.

Tindakan segelintir penyokong Ultras Malaya yang mengeluarkan kata-kata kurang enak serta membaling suar dan mercun sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan mengundang kritikan pedas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"Saya ada di Stadium Shah Alam malam ini. Melihat sendiri insiden yang memalukan. Baling suar salah. Kawalan stadium gagal.

"FAM gagal kawal stadium mereka sendiri. Peminat membaling suar adalah salah. Kedua-dua bersalah malam ini," tulisnya di laman mikro Twitter miliknya.

Walaupun keputusan ini jelas sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk Ong Kim Swee, imej Malaysia tercemar pula dek tindakan penyokong yang gagal mengawal diri.

0 Response to "MEMALUKAN !!!!! Pemain bejuang bermati-matian, penyokong mematikan semangat!!!! "