MUHYIDDIN GUGUR SEBAGAI TPM, ZAHID HAMIDI GANTI !!!


Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet terbaru diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.

Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri baru.

Najib ketika sidang medianya di Pejabat Perdana Menteri petang tadi memberitahu pengguguran Muhyiddin adalah keputusan yang sukar.

"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," katanya tanpa membuka sesi soal jawab selepas pengumuman itu dibuat.

Najib dalam pada itu berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan namun keputusan pengguguran itu terpaksa dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

"Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet," ujar Najib.

Selain Muhyiddin, empat orang menteri menerima nasib yang sama.

Mereka adalah Datuk Seri G.Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar); Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah): Datuk Seri Hassan Malek (Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Dr Ewon Ebin (Sains, Teknologi dan Inovasi).

Berikut antara perubahan baru yang diumumkan Najib:

Menteri Kabinet Baru

Datuk Wilfred Madius Tangau
Datuk Hamzah Zainudin
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Datuk Seri Azalina Othman
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak

Timbalan Menteri

Datuk Mohd Johari Baharum
Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Chong Sin Woon
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Datuk Ahmad Jazlan Yaakob
Masir anak Kujat
Datuk Johari Abdul Ghani

kredit foto: Facebook Kumaran Rajamoney

0 Response to "MUHYIDDIN GUGUR SEBAGAI TPM, ZAHID HAMIDI GANTI !!!"