TIBA-TIBA SAYA JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI ? TAK SANGKA!!!


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata pelantikan beliau dalam memegang jawatan kedua tertinggi kerajaan adalah sebuah kitaran politik yang tidak pernah beliau bayangkan.

"Ini adalah kitaran politik yang tidak pernah saya harapkan. Saya terima sebagai satu takdir dan qada dan qadar", katanya selepas diumumkan sebagai pengganti kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut, pelantikan beliau selaku TPM ujar Zahid ia adalah satu keputusan berat yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Saya dapat memahami keputusan (Datuk Seri) Najib, adalah keputusan yang berat, namun, kebersamaan antara beliau dan saya seperti mengembalikan sejarah saya dilantik sebagai setiausaha politik beliau", katanya.

Pertama kali memberikan sidang media sebagai Timbalan Perdana Menteri, jelas Zahid situasi ini disifatkan sebagai satu tanggungjawab besar yang perlu digalas beliau.

"Pelantikan ini adalah satu pikulan tanggungjawab yang tidak dapat saya jelaskan", ujarnya.

Zahid dalam pada itu turut nerterima kasih kepada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dan Najib atas kepercayaan yang telah diberikan kepada beliau.

0 Response to "TIBA-TIBA SAYA JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI ? TAK SANGKA!!!"