Mana Mau Lari Haaaa!!! Searching!!! SOS!! SOS!!


Polis Terengganu mengadakan Operasi Tutup bagi memburu suspek yang melarikan diri dari lokap mahkamah di sini, semalam selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya berhubung tiga kes jenayah.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Abdul Rahman berkata, usaha mengesan suspek Mohd Sapian Ali, 28, dari Kampung Dusun, Kuala Ibai, di sini giat dijalankan dan hebahan sudah dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.


Beliau berkata, suspek meloloskan diri ketika berada di lokap mahkamah itu kira-kira 2.30 petang dengan memanjat ruang di antara jeriji lokap dengan bumbung.

"Suspek dituduh di mahkamah berkenaan atas tiga kesalahan jenayah iaitu Sesyen 395 Kanun Keseksaan (KK) kerana merompak berkumpulan dan 457 KK kerana pecah rumah serta Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya.

"Sebaik prosiding selesai, suspek dibenarkan diikat jamin tetapi tiada ahli keluarga yang tampil untuk menjaminnya menyebabkan suspek dibawa ke lokap di tingkat bawah mahkamah berkenaan sebelum disedari melarikan diri dengan berpakaian lokap.

"Sebaik mendapat maklumat berhubung kejadian, hebahan dilakukan kepada anggota pasukan supaya melancarkan Operasi Tutup di beberapa lokasi strategik di daerah ini," katanya.

0 Response to "Mana Mau Lari Haaaa!!! Searching!!! SOS!! SOS!!"