GILA!! WANITA DIJEPUN MULA JATUH CINTA DENGAN SHABANI


Seekor gorila yang dibesarkan di zoo di Australia sebelum dipindahkan ke Nagoya kini menjadi kegilaan wanita Jepun yang berpusu-pusu datang melawatnya kerana dianggap terlalu kacak.

Gorila yang dinamakan Shabani itu dipindahkan ke Zoo dan Taman Botani Higashiyama di Nagoya pada 2007 dari Zoo Taronga, Sydney.

Sejak itu ramai pengunjung wanita muda datang melawatnya.

Ini terbukti apabila gambar Shabani kerap dikongsikan di Twitter menyebabkan popularitinya juga meningkat. Peminatnya kerap merujuk gorila itu sebagai ‘ikemen’ atau ‘lelaki kacak.’

Penjaga Zoo Taronga, Allan Schmidt berkata, Shabani dibawa ke situ bersama keluarganya dari Belanda ketika dia berusia dua bulan pada Disember 1996.

0 Response to "GILA!! WANITA DIJEPUN MULA JATUH CINTA DENGAN SHABANI"