PUNCA Pak Yus raja kena ugut dengan wanita MIANG!!!!


BARU-BARU ini, dunia hiburan tanah air kecoh dengan berita seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Sasha tampil mendedahkan perangai sebenar seorang pelawak popular yang dikatakan galak bermain cinta dengan ramai wanita.

Terbaharu, dikhabarkan, Tayra mengenai pelawak terkenal, Pak Yus yang dikatakan pernah diugut oleh seorang wanita menggeletis yang menyimpan perasaan cinta terhadap juara Raja Lawak musim pertama itu.

Kata si Tayra lagi, wanita tersebut sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia berupaya mencuri hati Pak Yus yang dikatakan sudah pun mempunyai teman istimewa.

Apa tidaknya, wanita itu dikatakan telah menghantar khidmat pesanan ringkas yang bukan-bukan kepada Pak Yus dan kekasihnya supaya hubungan mereka berakhir dan putus.


Lebih teruk, wanita tersebut dikatakan berani memberitahu kepada kekasihnya bahawa Pak Yus bukanlah lelaki yang baik untuk dijadikan suami dan dia juga selalu bertukar-tukar pasangan.

Amboi! sampai macam itu sekali wanita tersebut tergila-gilakan Pak Yus. Bagaimanapun, diharapkan berita yang disampaikan  ini hanyalah sekadar gurauan kerana kalau nak cakap banyak, biarlah si empunya badan menjelaskan perkara sebenar ini.

Apapun, kami doakan semoga hubungan Pak Yus bersama kekasihnya kekal utuh sehingga ke jenjang pelamin.



0 Response to "PUNCA Pak Yus raja kena ugut dengan wanita MIANG!!!!"