Pemandu Di London Kemalangan Sebab Asyik Tengok Kejelitaan Che Ta!!!



Aktres jelita, Rozita Che Wan menjadi punca satu kemalangan di london baru-baru ini.

Rozita atau lebih dikenali Che Ta ketika itu sedang 'pose' di atas sebuah tembok berdekatan Marble Arch, dengan kasut tumut tinggi lima inci.


Kegigihannya itu menarik perhatian ramai orang termasuk pemandu kereta di atas jalan berhampiran.

Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat datangnya daripada kenderaan yang berlanggar.

Pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu menyatakan dia tidak sedar ada kereta di depannya kerana terlalu asyik memandang Che Ta di atas tembok.

Kalau dah cantik, pergi mana-mana pun jadi tumpuan ramai orang. Itu namanya tuah Che Ta.

0 Response to "Pemandu Di London Kemalangan Sebab Asyik Tengok Kejelitaan Che Ta!!!"