YUNA terpaksa berkorban demi mengejar nama dalam dunia hiburan

Gadis cantik, wajah manis dan berbakat besar, Yuna Zarai atau Yuna yang sedang rancak melebarkan sayap seninya di Amerika Syarikat telah menjadi bualan hangat.


Tetapi, malangnya nama Yuna bukan disebut kerana perkembangan terkini karier seninya tetapi mengenai penampilan dan fesyen terkini yang dikenakan penyanyi wanita ini.

Sekeping foto yang menampilkan Yuna memakai baju hitam ketat pusat telah dimuat naik di laman facebook.


Foto tersebut telah mendapat kecaman daripada pelayar laman sosial termasuk peminat Yuna yang kurang gemar dengan cara penyanyi Terukir Di Bintang itu berfesyen.

Ramai yang terkejut, ada juga yang tidak berpuas hati dengan cara Yuna berpakaian kerana baju yang dipakai Yuna terlalu ketat sehingga jelas menampakkan susuk tubuh dan lubang pusatnya.

Antara luahan hati peminat terhadap Yuna ialah, mereka mahu bintang pujaan mereka itu kembali berpakaian sopan seperti dahulu (awal kemunculan).


Adakah setiap kali ke luar negara diri kita akan berubah? Apakah? jom layan gambar-gambar yuna ketika berada di Amerika Syarikat. Yuna lebih senang mencipta nama di sana.








0 Response to "YUNA terpaksa berkorban demi mengejar nama dalam dunia hiburan"