Cuba buat lain dari yang lain

Cuba buat lain dari yang lain, semua guru Sekolah Rendah Sungai Buloh seramai 102 orang memakai pakaian seragam sekolah rendah sempena menyambut Hari Guru hari ini.


Lebih menarik lagi, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Sungai Buloh, Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah serta Klinik Kesihatan Sungai Buloh turut hadir ke sekolah bagi memeriahkan sambutan.

Guru Besar sekolah tersebut, Lim Siew Bian berkata, ini adalah kali pertama sambutan Hari Guru dibuat penuh meriah dengan guru-gurunya sekali memakai pakaian seragam.

“Lucu juga sebab semua nampak sama hari ini. Murid-murid pun tak habis-habis mengusik guru-guru.

“Idea untuk membuat kelainan ini adalah hasil perbincangan semua guru pada satu mesyuarat sambutan yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, sambutan Hari Guru tahun ini adalah yang paling meriah pernah disambut di sekolah ini.



0 Response to "Cuba buat lain dari yang lain"