TERKINI : LANUN DIBURU!!! AYUH DOAKAN MEREKA!!!!!


Maritim Malaysia (APMM) memperhebatkan operasi memburu sekumpulan lanun yang merampas kapal tangki MT Orkim Harmony selepas dilaporkan hilang di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor sejak Khamis lalu.

Dengan kawasan pemburuan dan penca­rian MT Orkim Harmony diperluaskan kepada 50,000 kilometer persegi, APMM dengan bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut menambah kekuatan aset apabila menggunakan lapan buah kapal, tiga bot dan sebuah helikopter.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar (gambar kecil) semalam mengesahkan kehilangan MT Orkim Harmony ­didalangi kumpulan lanun berdasarkan beberapa petunjuk dan kejadian lain sebelum ini.

Katanya, setakat semalam, pihaknya telah membuat rondaan di seluruh kawasan perairan menggunakan pelbagai aset APMM dan TLDM, selain mendapatkan bantuan serta kebenaran memasuki sempadan perairan antarabangsa dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Pihak berkuasa juga meminta bantuan aset dari Australia dan Amerika Syarikat bagi menjejaki kapal yang membawa petrol RON95 seberat 5,879 tan metrik milik Petronas bernilai RM21 juta.

“Kita mendapat laporan kehilangan MT Orkim Harmony agak lewat iaitu kira-kira 10 jam selepas kapal itu terputus hubungan pada pukul 8.57 malam Khamis lalu.

“Dalam tempoh tersebut, kapal yang mempunyai kelajuan 10 hingga 12 knot itu mungkin telah tiba ke Kepulauan Anambas atau Natuna di perairan Indonesia sekiranya ia menghala ke pantai timur Semenanjung Malaysia.

“Sekiranya ia menghala ke utara, ia mungkin telah tiba di perairan Vietnam dan jika membelok ke Indonesia, kapal itu mungkin menghala ke perairan Pontianak hingga ke Tanjung Periuk dan Jakarta,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Related Posts :

0 Response to "TERKINI : LANUN DIBURU!!! AYUH DOAKAN MEREKA!!!!!"