SADIS!!! Jururawat Koma 42 Tahun Selepas Dirogol Secara Ganas


Pernah dengar kisah seorang jururawat yang koma selepas dirogol secara ganas oleh seorang petugas am sebuah hospital, 42 tahun lalu?

Insan malang itu dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

Aruna Shanbaug mengalami insiden serangan seksual secara ‘brutal’ ketika dia sedang bekerja berseorangan di Hospital King Edward Memorial di Bombay (kini Mumbai) pada 1973, lapor media tempatan.

Waktu kejadian, mangsa yang baharu berusia 24 tahun sedang menggantikan pakaian ketika Sohanlal Bharta Walmiki, seorang petugas am hospital, tiba-tiba datang menyerang dan merogol jururawat tersebut.

Penyerang sadis itu menggunakan rantai anjing untuk mencekik leher Aruna sehingga memutuskan aliran darah ke kepala mangsa, sekali gus merosakan otak dan mengakibatkan mangsa terus koma.

Sohanlal yang berjaya ditangkap polis, hanya dihukum penjara selama tujuh tahun atas kesalahan rogol dan rompak, manakala Aruna menghabiskan sisa hidupnya dalam keadaan lumpuh dan koma di hospital.

Mangsa bagaimanapun tetap lagi hidup kerana diberi makanan melalui saluran hidungnya, tetapi tahap kesihatannya mulai menurun sejak minggu lalu setelah dia disahkan menderita penyakit pneumonia.

0 Response to "SADIS!!! Jururawat Koma 42 Tahun Selepas Dirogol Secara Ganas"