Pekerja Nando's IOI City Mall label "CIBAI" pada pembeli!!! Kurang Ajar der!!!!


Seperti biasa, Oh! Media akan memaparkan aduan dari orang ramai yang menghubungi kami melalui emel atau Facebook tentang sesuatu kejadian yang seharusnya tidak patut berlaku. Kejadian kali ini tentang seorang pelanggan yang dilabelkan "Cibai" melalui resit oleh seorang pekerja Nando's. 


Menurut pengadu, kejadian berlaku di Nando's, IOI City Mall apabila pelanggan meminta bahagian 'drumstick' kepada seorang pelayan tetapi tidak dibenarkan pelayan tersebut. Menurutnya lagi, akhirnya pelayan tersebut akur dengan memberikannya 'drumstick' tetapi apabila ingin membuat bayaran, suami mangsa perasan label yang diletakkan untuk pelanggan di atas resit.



Kami tak mahu berpihak pada mana-mana pihak sekalipun kerana kami rasa ada dua sebab kejadian ini berlaku. Satu, mungkin pelanggan tersebut tidak tahu untuk menghormati pelayan dengan bersikap kurang ajar dan sebagainya. Dua, mungkin pekerja tersebut yang tidak pandai berdepan dengan pelbagai karenah pelanggan.

Tapi walauapapun alasannya, Nando's di IOI City Mall dinasihatkan untuk menyiasat staff yang agak biadap ini dan memberikan penjelasan kepada pelanggan tersebut.


0 Response to "Pekerja Nando's IOI City Mall label "CIBAI" pada pembeli!!! Kurang Ajar der!!!!"