GEMPAR!!! Nak Kawin Atau Kena Culik ? Ugut Bakal Suami



Kena paksa kawin...jika tidak kena culik dan keluarganya diugut!

Begitulah nasib seorang remaja berusia 17 tahun yang dipaksa kawin dengan Ketua Polis Chechen, Nazhud Guchigov yang berusia 30 tahun lebih tua daripadanya.

Nazhud yang sudah beristeri turut mengancam akan menculik Kheda jika perkahwinan itu tidak diteruskan.

Nazhud juga memberi kata dua kepada keluarga Kheda sama ada menyerahkan anak mereka atau berdepan dengan sesuatu yang buruk.


Menurut laporan, Kheda ditanya sebanyak tiga kali semasa proses pendaftaran sama ada dia mahu berkahwin dengan Nazhud.

Nazhud mendakwa dia tidak pernah memaksa keluarga Kheda menyerahkan anak perempuan mereka untuk perkahwinan berkenaan.

Kheda mempunyai seorang teman lelaki, namun lelaki malang itu dipukul separuh mati disyakki perbuatan Nazhud.

Kheda kemudiannya terpaksa berkahwin dengan Nazhud meskipun dia lebih muda daripada anak ketua polis itu.

Poligami dibenarkan di bawah undang-undang Rusia namun usia sah untuk perkahwinan adalah 18 tahun. 
Bagaimanapun ia boleh diketepikan sekiranya pihak berkuasa memutuskan perkahwinan itu boleh dilaksanakan.

Perkahwinan itu didedahkan oleh seorang wartawan penyiasat Rusia, Elena Milashina, yang menulis mengenainya dalam surat khabar Novaya Gazeta, April lalu.

0 Response to "GEMPAR!!! Nak Kawin Atau Kena Culik ? Ugut Bakal Suami"