ALHAMDULLILLAH!!! Anita Sarawak Tidak Hilang


Laporan Anita Sarawak dikatakan hilang selepas tidak menghubungi ahli keluarganya sejak dua bulan lalu, tidak benar.

Adik tirinya, Noorkumalasari sebelum ini memberitahu kakaknya itu telah mendiamkan diri sehingga mesej dan panggilan turut tidak berjawab.

Rakan yang datang ke kediaman Anita di Las Vegas, Amerika Syarikat juga dikatakan gagal untuk bertemu dengannya.

Namun menerusi laporan terkini Harian Metro, Noorkumalasari telah pun memaklumkan bahawa dia berasa lega kerana kakaknya itu sudah menghubungi ahli keluarga dua hari lalu.

Anita dikatakan menghubungi adiknya Noor Jumaatun dari Los Angeles, Amerika Syarikat kelmarin untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepadanya.

“Menurut adik saya, Anita sihat dan dalam keadaan baik sahaja.

“Saya tak cakap dia hilang, cuma pelik kenapa dia tak hantar mesej bertanya khabar seperti kebiasaannya.

“Apabila dia senyap tentu saja kami sekeluarga bimbang terutama soal kesihatannya. Namun, apabila dia menghubungi adik saya kelmarin, barulah saya lega,” ujar Noorkumalasari.

0 Response to "ALHAMDULLILLAH!!! Anita Sarawak Tidak Hilang"