GAMBAR: Muka ‘Lesu’ Pengawal Kes Ambank Yang Disambung Reman…


SEMALAM polis melanjutkan tahanan reman ke atas lelaki yang didakwa menembak mati pegawai Ambank, Norazita Abu Talib.

Tahanan reman ke atas Laode Ardina Laude Rasila, 35,  dilanjutkan selama seminggu di mana dia akan kekal di lokap balai polis Petaling Jaya sehingga 23 November untuk disoal siasat mengenai kes bunuh dan rompak.

Suspek yang berasal dari Sulawesi itu dan memiliki MyKad palsu diiringi oleh polis memasuki kamar perbicaraan.

Yang hangat diperbincangkan di internet adalah wajah suspek yang jelas kelihatan letih dan tidak bermaya.

Apa-apa ajalah, yang pasti kalau dia berani membuat onar, dia kenalah berani menanggung akibatnya.

Dalam lokap sendiri mau ingatlah, makan terhad, tidur terhad, kesenangan ketika berada di luar dah tentu tidak akan sama.

Untuk rekod, Rasila yang bekerja sebagai pengawai keselamatan didakwa menembak mati Norazita, 37, ketika beliau membuka peti besi di AmBank cawangan Subang Jaya.

Suspek dipercayai melarikan wang tunai berjumlah RM450,000 dengan sebuah motosikal.

Polis kemudiannya menemui RM20,000 daripada isterinya di rumah mereka.

Polis turut menahan dua rakannya yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan MyKad palsu.

Isteri, dua rakannya dan empat yang lain turut ditahan.


SEBELUM DITANGKAP




SEMASA DITANGKAP


SELEPAS DITANGKAP



0 Response to "GAMBAR: Muka ‘Lesu’ Pengawal Kes Ambank Yang Disambung Reman…"