Tiada Jodoh saya dengan aishah - Elly Iskandar
Heboh sana sini orang ramai bercerita pemain bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat putus tunang beberapa hari yang lalu, hari ini, satu lagi pasangan dikatakan mengalami nasib yang sama dengan Khairul Fahmi.
Pengacara popular stesen TV3, Ally Iskandar dikatakan telah putus tunang dengan naib juara program realiti, Gadis Melayu, Nur Aishah Zainal. Ally yang sebelum ini melangsungkan pertunangan dengan Nur Aishah pada awal Februari lalu dikatakan telah putus hubungan selepas Nur Aishah meletakkan status di laman sosial Facebooknya kepada ’i”m Officially Single’ baru-baru ini.
ManggaMuda ada merisik khabar dari teman rapat Nur Aishah, dan katanya, hubungan pertunangan antara Ally Iskandar dan Nur Aishah sememang sudah terlerai akibat daripada kesibukkan kedua-duanya dalam menguruskan kerjaya seharian mereka.
Selepas 5 bulan, pertunangan antara Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang diikat pada 11 Februari 2011 telah sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak telah memutuskan ikatan tersebut pada 30 Julai 2011, Sabtu lepas.
0 Response to "Tiada Jodoh saya dengan aishah - Elly Iskandar"
Catat Ulasan