Astaghafirullah!! Zalim!! Kejam!! bila tolong, di BALAS dengan Tikaman!


Sikap prihatin seorang bilal sebuah masjid membantu menjaga motosikal yang ditemui ditinggalkan bersama kunci memakan diri apabila dia cedera parah ditikam seorang lelaki dipercayai pemilik kenderaan itu dalam kejadian di sebuah fun fair di Tanah Putih, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, Tengku Shafiq Tengku Adam Azli, 21, dari Indera Mahkota 2, di sini, parah  apabila kesan tikaman suspek menggunakan sebilah pisau pada belakang badan yang turut mengenai bahagian paru-parunya.

Rakan mangsa, Muhammad Riduan Md Nazri,26, berkata, dia bersama mangsa dan dua lagi rakan ke tapak pesta itu kira-kira jam 9.30 malam tanpa menyangka perkara tersebut boleh berlaku.

"Dia (mangsa) ternampak sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z di luar pagar fun fair itu dengan kunci tertinggal pada bahagian tempat duduk lalu mengambil keputusan untuk menunggu kenderaan itu sementara pemiliknya kembali bagi mengelak menjadi mangsa pencuri.

"Dia juga sempat memuat naik status di Facebook meminta orang ramai yang mengenali tuan punya atau pemilik motosikal itu menghubunginya untuk mendapatkan kembali kunci sekepas dia mengambil keputusan untuk masuk ke tapak pesta tersebut," katanya ketika ditemui  Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, hari ini.

Muhammad Ridzuan berkata, dia bersama mangsa dan rakan lain keluar dari tapak pesta itu kira-kira jam 11.30 malam.

“Dia  meminta kami menemaninya menunggu pemilik motosikal itu untuk menyerahkan kunci bagaimanapun selepas hampir sejam tiada seorang pun yang datang untuk mengambil motosikal tersebut,” katanya.

Menurutnya, mereka kemudian mengambil keputusan untuk minum di gerai berhampiran.

“Mangsa mengambil keputusan mengunci motosikal tersebut sebelum ditinggalkan bagaimanapun dia sempat menulis nota dan  diletakkan pada kenderaan itu supaya pemilik menghubunginya.

"Ketika mangsa hendak beredar, muncul seorang lelaki (suspek) dari arah belakang dan terus menikamnya dan terkena bahagian belakan badan,”katanya.

 Katanya, mangsa yang bertugas sebagai bilal di Masjid Tepian Putra, di sini turut dibelasah malah suspek nekad untuk terus  menikamnya.

“Menyedari kejadian menimpa mangsa, saya dan rakan-rakan cuba membantu manakala suspek  yang mula panik segera melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Wira.

“Mangsa yang berlumuran darah akibat terkena tikaman dihantar ke HTAA untuk menerima rawatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, suspek berusia 26 tahun dan berasal dari Batu 6, di sini, kini ditahan selepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira sejam selepas kejadian itu.

Menurutnya, polis juga berjaya menemui dan  merampas pisau yang disyaki digunakan dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut.

“Polis merekodkan keterangan daripada rakan mangsa dan saksi kejadian bagaimanapun siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

0 Response to "Astaghafirullah!! Zalim!! Kejam!! bila tolong, di BALAS dengan Tikaman! "