Tidak Pernah Mempunyai Agama Tetap : Stacy Gembira Dapat Peluk Agama Islam




Akhirnya teka-teki mengenai status agama Stacy telah terjawab apabila beliau sudah mengakui memeluk Islam semalam susulan berita tersebut yang tersebar luas di media sosial.

Stacy juga mengesahkan keputusan beliau untuk bergelar seorang muslim bukanlah atas desakan mana-mana pihak ataupun kerana beliau ingin berkahwin dengan kekasihnya Akim Ahmad.


Sepanjang kehidupan beliau, Stacy tidak mempunyai sebarang agama yang tetap dan hanya  menganuti agama Kristian tiga tahun lepas selepas keluarganya membuat keputusan untuk menganuti agama tersebut.

Tidak pernah menyesal kerana beragama Kristian sebelum ini, Stacy bagaimanapun merasa lebih seronok dan gembira ketika beliau sudah sah bergelar seorang muslim semalam.

"Sepanjang saya bernafas di bumi ini, saya tidak mempunyai pendirian agama yang tetap. Saya menganuti agama Kristian kira-kira 3 tahun yang lalu selepas keluarga saya membuat keputusan untuk menganuti agama Kritsian.
Saya berbesar hati menganuti agama Kristian, namun dalam hati saya alangkah seronok dan gembiranya saya memeluk agama islam pada ketika itu."

Berita Stacy memeluk agama Islam viral  sejak semalam selepas satu video serta foto beliau sedang belajar mengucap dua kalimah syahadah disebarkan oleh invidu tidak bertanggungjawab.

Bukan sahaja Akim yang merasa bengang dengan tindakan individu tersebut malah Stacy juga turut merasa terkilan kerana ia merupakan privasi beliau. Penyebaran video tersebut sedikit sebanyak telah membuat beliau agak terganggu.

Malah, Stacy memohon semua tidak berkongsi atau memanjangkan isu ini serta memadam video ketika beliau mengucapkan kalimah syahadah.


"Saya inginkan ‘privacy’ mengenai keinginan saya memeluk agama Islam. Setelah tersebar gambar dan video itu saya agak rasa terkilan dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab.
Sepatutnya saya ‘happy’ dan raikan untuk diri saya sendiri, tetapi dek kerana penyebaran gambar itu saya agak terganggu. Bagi saya benda yang suci amat tidak wajar dihebahkan dan perlu menghormati sempadan saya."

Mungkin perkara ini boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain agar tidak merakam dan menyebarkan video seseorang itu tanpa kebenaran daripada tuan empunya badan. Hormatilah  privasi orang lain dan amanah dalam kerja yang anda lakukan.


Stacy Sahkan Sudah Peluk Agama Islam


Menerusi satu sidang media khas yang baru sahaja berlangsung di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil  sebentar tadi, penyanyi Stacy telah mengesahkan berita bahawa beliau kini sudah memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam.

Stacy telah melafazkan dua kalimah syahadah pada 24 Ogos 2015 (semalam) kira-kira jam 10 pagi di Jabatan Agama Islam Johor ditemani oleh  ibu bapanya serta ibu bapa Akim.

Keputusan beliau untuk menjadi seorang muslim juga bukanlah satu paksaan dah ia juga mendapat restu daripada kedua ibu bapa beliau.

"Ya saya sudah memeluk agama Islam. Saya peluk agama ini bukan kerana sesiapa atau perihal cinta mengaitkan dengan Akim."

Pada masa yang sama, Stacy meminta agar peminat di luar sana menerima dapat menerima keputusan beliau dengan hati yang terbuka dan mendoakan beliau.

Berikut adalah video pengakuan daripada Stacy:-



Alhamdullilah, kita sudah menerima seorang saudara baharu dalam Islam dan nampaknya Akim sudah berjaya untuk mendekatkan Stacy kepada Islam, doakan yang terbaik buat beliau agar dapat menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

0 Response to "Tidak Pernah Mempunyai Agama Tetap : Stacy Gembira Dapat Peluk Agama Islam"