Pakar Aeroangkasa Mengeluh Pendapatnya Jadi Viral !!!


Seorang pakar aeroangkasa, Dr Mohd Roshdi Hassan mengeluh apabila pandangan peribadinya mengenai kehilangan MH370 diviralkan di laman sosial Facebook.

Ujarnya, pandangannya itu berlandaskan kepada ulasan berita dari luar negara dan tidak sesekali berniat untuk memperlekehkan usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh petugas-petugas dari Malaysia.

"Sejak beberapa hari ni, statement saya berkenaan penemuan debris di pulau Reunion telah diviralkan. Semua statement itu saya buat beberapa hari sebelum pengumuman oleh PM. 

"Saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan usaha yang dilakukan oleh pihak penyiasat dari Malaysia kerana saya sendiri tidak tahu keputusan yang akan mereka ambil. 

"Semua ulasan tersebut saya buat berdasarkan ulasan berita dari luar negara. Kesimpulan itu semua saya buat selepas berforum di Airliners.net," ujarnya menerusi laman Facebooknya.

Dr Roshdi adalah pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau mempunyai hubungan baik dengan beberapa agensi penerbangan luar negara.

Anak kelahiran Kelantan ini juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang aeroangkasa. Pandangannya bersabit kehilangan MH370 seringkali bercanggah dengan kenyataan kerajaan, namun pandangannya realistik dan amat logik.

0 Response to "Pakar Aeroangkasa Mengeluh Pendapatnya Jadi Viral !!!"