MH370 : Cerita penemuan Flaperon didakwa milik MH370 semakin menjadi LAWAK



Sebelum ini, artikal yang saya tulis mendapat viewer tertinggi berkenaan sayap kapal terbang seperti ditanggalkan.

Boleh baca disini : 

Hari ini, mari kita berbicara satu lawak jenaka yang cuba diperbesarkan didalam media sosial, yang kononnya 'mereka' terjumpa bukti mengatakan MH370 memang terhempas dilautan Hindi.

Mungkin ramai tidak mengenali Dr. Mohd. Roshdi Hassan, beliau diantara manusia yang cuba merungkai ke mana hilangnya MH370, Beliau hanya bergerak sendiri dengan membuat analisa bersama pasukannya tanpa bantuan kerajaan. 

Mengapa khidmat pakar Malaysia diketepikan? saya pernah membaca satu artikel berkenaan Dr Roshdi Hassan yang merasa kecewa apabila khidmat pakar Malaysia tidak digunakan (nanti dah jumpa balik saya letakkan link dia). Dah jumpa (Klik Sini)

Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), itu menjelaskan beberapa perkara selepas penjaga pantai menemui barang didakwa milik MH370.




Antaranya ialah seperti Botol Air Cactus dan juga Syampo.

Malah menurut Dr Roshdi juga, penemuan barang bukti MH370 semakin menjadi lawak baginya, malah bukan niat mahu menyinggung perasaan keluarga dengan berkata begitu, tetapi dari segi Fakta biarlah ianya benar.



Luah Dr roshdi dalam kenyataan difacebooknya jugak mengatakan Flaperon MH370 sudah bertukar warna dari kelabu ke warna putih. Tag Flaperon jelas tiada . Sehingga hari ini pasukan penyiasat gagal mengesan part number berkenaan.

Semalam, botol air cactus dan juga syampoo menjadi viral dilaman sosial yang didakwa milik MH370. 

Untuk menguatkan lagi fakta yang perkara ini semakin menjadi lawak, bagi mereka yang tidak pernah menaiki pesawat, kita tidak dibenarkan membawa sebarang cecair melebihi 1.5 liter dalam pesawat. Jika berlaku sedemikian, pekerja airport boleh dibuang kerja kerana melanggar peraturan AVIATION.

Sindirnya kepada mereka yang terjumpa botol syampo seperti penumpang itu tahu didalam pesawat tiada air, dan memotong bekas tersebut untuk digunakan untuk mengambil air.

Jelasnya disini perkara tersebut hanya sekadar lawak untuk membangkitkan isu  misteri MH370.


Apa yang terfikir, adakah ini propaganda Australia yang sengaja ingin membuat mapping balik bagi kawasan mencari?, pastinya KOS akan bertambah apabila misi mencari ditambah. Malah kontrak baru juga akan dibayar oleh Malaysia kepada Australia.

0 Response to "MH370 : Cerita penemuan Flaperon didakwa milik MH370 semakin menjadi LAWAK"