Oh Ummi Nazeera, Oh Zizan Razak.......


Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengakui yang dia ada bertemu dan keluar makan bersama dengan aktres Ummi Nazeera. Menerusi ruangan gosip di sebuah akhbar hujung minggu lalu, Zizan dikatakan keluar berdua bersama Ummi disebuah kedai makan.

"Saya mengakui yang saya ada keluar makan bersama Ummi beberapa kali, tetapi kami tidak keluar berdua. Kami ditemani oleh pembantu peribadi masing-masing," kata Zizan kepada Portal Murai.

Mula mengenali Ummi semenjak mereka berdua membintangi sebuah telefilem yang bertajuk Angin Cinta, Zizan mendedahkan yang pada awalnya, hubungan dia dan Ummi agak kekok.

"Selepas bekerja dengan Ummi, saya mula mengenalinya sebagai kawan. Dia seorang yang baik dan saya sangat menghormatinya sebagai seorang sahabat. Buat masa ini, hubungan kami tidak lebih dari itu. Saya selesa berkawan dengan Ummi," kata Zizan lagi.

Dalam perkembangan lain, Zizan baru sahaja membuka kedai serbaneka 24 jam yang diberi nama Zizan Mart di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Zizan juga kini sedang sibuk mengacarakan konsert mingguan Akademi Fantasia 2015 bersama pengacara Faizal Tahir pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria.

0 Response to "Oh Ummi Nazeera, Oh Zizan Razak......."