PUNCA Almy Nadia mengamuk di Instagram!


Pelakon Almy Nadia tidak dapat menahan rasa amarahnya apabila adik beliau yang sedang menuntut di sekolah berasrama penuh di Pulau Pinang telah dipukul oleh empat orang pelajar senior baru-baru ini.

Almy telah memuat naik status tidak puas hati beliau menerusi Instagram dan telah mendapat perhatian Kementerian Pendidkan. Pihak mereka juga sudah membuat tinjauan ke sekolah asrama berkenaan.

"Saya begitu sedih apabila dimaklumkan adik saya dipukul oleh senior di sekolahnya. Apabila dimaklumkan, adik saya itu digantung sekolah kerana keluar pada waktu malam tanpa kebenaran, dia telah dimarahi oleh saya terlebih dahulu. Namun, dia tidak pula mengadu dipukul oleh empat orang pelajar kerana keluar tanpa kebenaran.
Cerita dia dipukul itu, disampaikan oleh kawan ibu saya. Adik saya telah dibawa pulang namun masih berada dalam keadaan trauma. Dia tidur sepanjang hari dan enggan bercakap dengan sesiapa kerana ketakutan. Ibu saya telah membawa adik saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan membuat laporan polis."

Tambah Almy lagi, beliau tidak menyangka bahawa perkara sebegini akan berlaku kepada adiknya dan tindakan undang-undang harus diambil agar perkara ini dapat dibanteras. Kementerian Pendidikan, polis, pihak sekolah dan ibu bapa pelajar yang terbabit bakal bertemu empat mata pada Isnin ini untuk  berbincang tindakan selanjutnya.


Kes buli pelajar sekolah di Malaysia semakin hari semakin menjadi-jadi, macam mereka tidak takut langsung dengan undang-undang dan masing-masing ingin menunjukkan mereka mempunyai kekuatan.

0 Response to "PUNCA Almy Nadia mengamuk di Instagram! "