Akibat Plaza Low yat diboikot orang ramai, Majlis hari raya muhibbah di tunda.


Majlis Hari Raya Muhibah di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Tolak Keganasan yang dijadualkan hari ini ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Penyelaras gabungan itu Kamarudin Ahmad berkata pihaknya terpaksa mengubah tarikh majlis itu di saat akhir bagi menyelaraskan program itu bersama-sama MCA Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"MCA akan mengadakan majlis sambutan di tempat yang sama, jadi elok kiranya kami menganjurkanya secara bersama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menafikan pembatalan majlis tersebut berikutan terdapatnya ancaman ataupun ugutan daripada pihak tertentu.
Kamarudin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan MCA untuk menetapkan tarikh majlis berkenaan.

Majlis tersebut dianjurkan bagi mengukuhkan kembali suasana muhibah berikutan insiden pergaduhan di plaza itu pada 12 Julai lepas. – Bernama

0 Response to "Akibat Plaza Low yat diboikot orang ramai, Majlis hari raya muhibbah di tunda."