Wanita ini diPAKSA pakai KAIN BATIK Untuk Berurusan Dalam Bangunan JPJ Malaysia


Seorang wanita mendakwa dipaksa menyarungkan kain batik sebelum dibenar menjejakkan kaki ke dalam bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Wanita yang dikenali sebagai Suzanne G. L. Tan itu menyatakan ketidakpuasan menerusi profil Facebook lantas mendapat perhatian meluas para netizen.

Menurut status yang dimuat naik tersebut, Suzanne mengunjungi pejabat JPJ yang terletak di Wangsa Maju bagi uruskan perpindahan hak milik kenderaan yang dijualnya.

Walau bagaimanapun, dia didekati pegawai JPJ yang bertugas di kaunter nombor. Pegawai berkenaan menyatakan bahawa pakaian yang dikenakannya tidak bersesuaian untuk sebarang urusan formal di JPJ.

Suzanne kemudiannya memuat naik tiga keping gambar di Facebook. Satu gambar adalah di luar premis, sebelum memakai kain batik, manakala dua lagi semasa berada di dalam bangunan dan sedang menjalankan urusan.

Namun Suzanne tidak menyatakan bilakah insiden itu berlaku.

Pada masa yang sama, JPJ menerusi akaun Twitter mengingatkan pelawat supaya mematuhi peratuan berpakaian semasa mengunjungi pejabat mereka.


Mereka yang berhasrat melakukan urusan di mana-mana premis rasmi kerajaan dinasihatkan supaya berpakaian bersesuaian.

Namun begitu, terdapat beberapa reaksi yang menyokong atau tidak bersetuju dengan tindakan pegawai JPJ itu.






0 Response to "Wanita ini diPAKSA pakai KAIN BATIK Untuk Berurusan Dalam Bangunan JPJ Malaysia"