Tunjuk kemaluan pada pelajar, pengurus restoran dipenjara


Seorang pengurus restoran dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan kemaluannya kepada tiga pelajar sekolah, bulan lepas.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Wang Chiu Seng, 52, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, Mohd Faizal memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak daripada tarikh dia ditangkap iaitu 19 Mei lalu.

Chiu Seng dituduh menunjukkan kemaluannya di hadapan dua pelajar berusia 14 tahun, di perhentian bas berhadapan sebuah sekolah, di Dang Wangi di sini, pada 3.35 petang, 7 Mei lepas.

Tertuduh juga didakwa menunjukkan kemaluannya kepada pelajar perempuan berusia 17 tahun, di tempat sama, pukul 2.15 petang, 12 Mei lepas.

0 Response to "Tunjuk kemaluan pada pelajar, pengurus restoran dipenjara"