TERKINI: Punca wanita MONGGOLIA ini MAUT!! Bukan Guna C4!!


Seorang pemandu panik apabila melihat dua lelaki melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan pacuan empat roda di Dataran Bandar Utama.

Tanpa berfikir panjang beliau pemecut dan merempuh lelaki yang menunggang motosikal terbabit. Tindakannya mungkin telah menyebabkan nyawa penumpang wanita Mongolia di dalam kenderaan mewah itu dapat diselamatkan.

Kedua-dua penyerang telah mendekati kenderaan 4WD yang diletakkan di tepi jalan kira-kira pukul 5.45 petang.

Pemandu berkenaan, seorang ahli perniagaan dari Sibu berusia 35 tahun sedang bercakap di telefon apabila penyerang mula menembak.

Sekurang-kurangnya lapan das tembakan dilepaskan di tingkap pemandu. Wanita tersebut, 26, ditembak empat kali di bahagian bahu dan dada.

Pemandu yang melihat apa yang berlaku memandu keretanya ke arah motosikal penyerang. Kedua-dua penyerang jatuh tetapi sempat menaiki semula motosikal sebelum menunggang laju.

Ahli perniagaan itu tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata dendam mungkin menjadi motif serangan, sambil menambah 'kita masih tidak menolak sebarang motif'.

Beliau mengesahkan bahawa penyerang menggunakan pistol  separa automatik berkaliber 9mm.

Wanita itu sedang menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

0 Response to "TERKINI: Punca wanita MONGGOLIA ini MAUT!! Bukan Guna C4!!"