SAYA MASIH ADA ANAK KECIL YANG MENYUSU BADAN!! TOLONG SAYA!!



Suami isteri yang direman empat hari bermula semalam berhubung kes penderaan kanak-kanak memohon dikurangkan tempoh reman itu dengan mengambil kira beberapa faktor.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mohd Ridzuan Muhamad yang mewakili pasangan berkenaan.

Mohd Ridzuan berkata, permohonan dikemukakan kepada Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Mahkamah Pasir Mas Rashid Mustapa, semalam.

“Anak guam saya memohon mahkamah menimbangkan mengurangkan tempoh reman kerana mempunyai bayi berusia 11 bulan yang masih menyusu badan.

“Ia juga mengambil kira bayi itu yang demam semalam (kelmarin) dan kerjasama diberikan anak guam ketika ditahan polis,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Pasir Mas di sini, semalam.


Terdahulu, Rashid mengeluarkan perintah reman terhadap kedua-dua mereka yang berusia 39 dan 25 tahun mulai semalam hingga Khamis bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat berhubung kes penderaan itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek yang juga bapa kandung dan ibu tiri mangsa ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, jam 9 malam kelmarin di depan restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1), Akta Kanak Kanak 2001,” katanya.

0 Response to "SAYA MASIH ADA ANAK KECIL YANG MENYUSU BADAN!! TOLONG SAYA!! "