Ustaz Bunuh Janda anak empat, tertekan diajak kahwin didakwa


Seorang guru agama di sebuah sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini semalam atas tuduhan membunuh kekasihnya yang juga merupakan seorang janda anak empat pada awal Mei lalu.

Tertuduh, Abdul Ra’of Mohd. Dimyati, 26, yang memakai baju-T warna hijau dan berseluar jean biru hanya me­ngangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhelmy Hasan yang bertindak sebagai majistret.

Bagaimanapun, tiada pe­ngakuan direkodkan daripada tertuduh.


Mengikut pertuduhan, Abdul Ra’of didakwa me­lakukan pembunuhan de­ngan menyebabkan kematian terhadap peniaga atas talian, Nor Salina Nazir, 34, di kawasan lapang tepi Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu di sini pada pukul 8.30 malam 5 Mei lalu.

Tertuduh didakwa me­lakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amin Azmi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Hanif Hashim.

Terdahulu, Hanif memohon mahkamah untuk membenarkan tertuduh dihantar ke hospital mental selama sebulan bagi menjalani penilaian mengenai pemerhatian dan pemeriksaan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

0 Response to "Ustaz Bunuh Janda anak empat, tertekan diajak kahwin didakwa"