Apa masalah Elizabeth Tan? Baru setengah Jagung jadi penyanyi dah buat hal?



Mungkin disebabkan populariti lagu itu yang sedang mencanak, secara automatik menjadikan Elizabeth antara penyanyi buruan pihak penganjur. 

Dengarnya, Elizabeth dihujani pelbagai tawaran menyanyi. Setiap minggu jadualnya padat. Tak menang tangan untuk memenuhi undangan pihak penganjur, katanya. Tapi yang tak sedapnya, Miss J dapat tahu kesibukan Elizabeth itu menyebabkan dia terlepas pandang. 

Pada mulanya, Elizabeth menyuarakan persetujuan untuk membuat persembahan di sebuah majlis. Sebagai tanda persetujuan juga, pihak penganjur sudah menyerahkan wang deposit kepadanya. 




Bagaimanapun, apa yang terjadi sehari sebelum membuat persembahan Elizabeth dikatakan tidak boleh membuat persembahan seperti mana yang dijanjikan. 

Sudah pastilah pihak penganjur berasa hati. Kecewa sebab Elizabeth memaklumkan perkara itu kepada pihak penganjur pada saat-saat akhir. 



Secara tidak langsung, keputusan dibuat Elizabeth itu menyebabkan pihak penganjur jadi kelam kabut untuk mencari pengganti bukan? Sikap Elizabeth itu memang mengecewakan semua pihak. Penonton yang hadir juga pasti terkesan kerana mereka juga mahu melihat persembahan Elizabeth. 

0 Response to "Apa masalah Elizabeth Tan? Baru setengah Jagung jadi penyanyi dah buat hal?"