Pemandu Myvi Tidak Mengaku Bersalah Memandu Secara Bahaya Hingga Korbankan 3 Beranak di Lebuh Raya DUKE!!!


Penolong pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 34, dan juruteknik komputer, Mohd Fizal Reza Jamauddin, 31, mengaku tidak bersalah memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga sekeluarga di Lebuhraya Duke, Sabtu lalu di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur, pagi ini.

Kedua-duanya didakwa memandu kereta jenis Myvi secara berbahaya sehingga mengorbankan Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Duke KM6.2, jam 1.05 pagi.

Pada 2 Mei lalu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan.

Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Dua anak mereka Nur Firuza Amira,7, dan Nur Firuza Akila, 3, terselamat dalam kejadian itu kerana tidak mengikuti ibu bapanya yang menghadiri kenduri di Putrajaya.

Insiden itu menyebabkan masyarakat berang terhadap kecuaian pemandu Myvi terbabit sehingga menyebabkan dua anak pasangan itu menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

0 Response to "Pemandu Myvi Tidak Mengaku Bersalah Memandu Secara Bahaya Hingga Korbankan 3 Beranak di Lebuh Raya DUKE!!!"