Punca sebenar Amar Bahrin ditumbuk!!


Koyak! dalam! itu lah perkataan yang menjadikan set penggambaran Amar Bahrin riuh menyebabkan amar mengalami kecederaan teruk dikelopak mata selepas ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada Ahad lalu.

Bercerita kepada media tentang apa yang berlaku, Amar Baharin berkata kejadian berlaku ketika beliau bersama beberapa pelakon tambahan lain melakonkan adgegan pergaduhan sebelum terkena tumbukan oleh seorang pelakon baru, Redza Rosli.

"Sedang asyik bergelut, Redza yang sepatutnya menumbuk saya dengan kadar perlahan telah pun terlebih sasaran lalu menyebabkan kulit kepala pada bahagian kelopak mata terkoyak,"ujurnya.

Pelakon itu bagaimanapun tetap meneruskan penggambaran yang berbaki sedikit sebelum beliau dihantar ke Hospital pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan.

"Tetapimasa itu saya tak rasa sakit. Dua jam kemudian selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan  rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan perlu dijahit," tambahnya lagi kepada mStar Online.

Amar Bahrin turut berkata kemungkinan besar penggambaran sebuah drama selepas ini perlu ditangguhkan sementara menunggu lukanya itu sembuh.

0 Response to "Punca sebenar Amar Bahrin ditumbuk!!"