Izara Tampil Membuat Penjelasan Isu Aksi Babak Berpelukan Terjawab.

Siapa tidak kenal pelakonn comel molek ini, izara Aishah. Sebelum ini, foto babak seksi dan intim beliau bersama Remy Ishak di dalam filem Pilot Cafe, menjadi viral di media sosial.

Tapi kenapa selepas tersebarnya gambar mereka baru terasa untuk tidak lagi tampil berpakaian seksi dalam  lakonan. Ungkapan itu menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak.


Dalam penjelasan yang diberikan kepada Malaysian Digest, Izara menjelaskan beliau tidak meletakkan sebarang syarat dari segi lakonan. Malah beliau terpaksa akur kepada produksi apabila disuruh untuk memakai pakaian seksi walaupun beliau merasakan tidak selesa.

"Untuk filem Pilot Cafe ini pun, babak saya kena pakai seksi tu sebenarnya saya kurang selesa tapi saya terpaksa akur dengan permintaan pihak produksi. Namun, dari segi lakonan pula saya tidak letak syarat apa-apa. Lagipun saya percaya yang kekasih saya faham mengenai bidang kerja saya sebagai seorang pelakon. Asalkan saya tahu menjaga diri dan batasan."

Kali pertama memegang watak utama dalam filem, Izara mengakui beliau agak berdebar untuk melihat hasilnya jika penonton suka ataupun sebaliknya. Membawa karakter penuh emosi, ia merupakan satu cabaran yang agak besar buat dirinya.


"Ramai letak harapan tinggi terhadap filem ini dan sedikit sebanyak ia buat saya rasa tertekan, apatah lagi memikirkan bagaimana penerimaan penonton terhadap lakonan saya."

"Watak saya kali ini berat dan banyak bermain dengan emosi. Saya juga banyak menangis dalam filem ini.Babak menangis dan babak melahirkan anak paing susah dan mencabar."

Jika sudah membuat perjanjian untuk menjayakan sesebuah filem, kadang-kala agak susah untuk artis menolak arahan pengarah untuk melakonkan babak yang tertentu meskipun merasa kurang selesa. Benda dah lepas tidak boleh buat apa-apa dah.

0 Response to "Izara Tampil Membuat Penjelasan Isu Aksi Babak Berpelukan Terjawab."