Ombak Rindu tak Best...Bosan...

1.12.2011 merupakan hari paling yang dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. lebih-lebih lagi yang kaki novel

OMBAK RINDU...sebuah cerita yang diadaptasi novel ke layar perak itu menjadi kenyataan apabila pengarah filem lagenda budak setan berjaya menyempurnakan movie Ombak Rindu.

Buat pengetahuan semua, saya tidak pernah tahu wujudnya Novel ombak rindu apatah lagi membacanya. jika  saya membaca novel Ombak Rindu pasti tak Best...Bosan... sebab, saya tidak suka baca novel dan menanti novel-novel yang akan datang. lagi-lagi kalau novel tu bersambung. cukup malas.

" Filem Ombak rindu ini, memang diambil dari sebuah novel klik, tetapi kalau  kita baca novel tersebut mungkin makan masa 5 jam, apatah lagi jika kita ingin filemkan novel tersebut? mungkin akan jadi 6 atau 7 jam. so kita ringkaskan cerita itu supaya ianya padat dan memberikan kesan kepada penonton." ujar maya karin

Sangat best cerita tersebut, walaupun jalan cerita dia agak slow, tapi setiap saat itu, terserlah kehidupan watak oleh aron aziz dan maya karin. sangat terusik jiwa.

Perjalanan cerita yang sangat tersusun dan teratur, lakonan mantap oleh maya karin sebagai anak kampung.

Berikutan saya yang kurang berminat untuk menonton filem-filem melayu, kali ini saya beri "FIVE STAR" untuk OMBAK RINDU.

                   

Memang best dan sangat-sangat best. pergi lah tonton sementara belum keluar cetak rompak. Kerana suasana didalam panggung berbeda dari anda tonton dirumah. tidak rugi anda menonton.


Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures



Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.



Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.


Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.





Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

5 Responses to "Ombak Rindu tak Best...Bosan..."

Unknown berkata...

salam... saya belum lagi tengok filem Ombak Rindu, tapi saya pernah baca novelnya. Kalau daripada novel, jalan ceritanya memang best giler, saya masa baca novel tu smpai menangis terisak-isak. saya kalau membaca macam tu lah, terlalu menghayati. insyaallah filem ni saya mesti tonton... mesti best.

Shah_clunk berkata...

mcm saya, saya tidak berminat membaca novel..tak tau nape..da try da...banyak kali baca..tp semua ke laut...heheh...btw...pegi lah tgk...memang sangat best....

cik fiza berkata...

salam singgah
kenapa sy tgk rasa mcm x best ek.. kesinambungan antara plot tu mcm terpotong2 huhuhu frust btul..

Shah_clunk berkata...

btl tu cik fiza....jika kamu sudah membaca novelnya, pasti kamu akan rasa kekurangan tentang ombak rindu, tetapi jika kamu tidak membacanya....pasti cerita itu menarik sangat. kerana pengarahnya mahukan jalan ceritanya yang terbaik dan merangkumi ketiga-tiga buku tersebut...

AyienShaz berkata...

Assalam..
Saya sudah tonton cerita ini..bagi saya sangat2 tak best. Cerita yang adaptasi daripada karya2/buku2 tak banyak di Malaysia tetapi banyak di luar negara. Jika dibandingkan kualiti..memang Ombak Rindu mengecewakan! Langsung tidak berkualiti. Cerita luar negara seperti Harry Potter dan confession of a shopaholic berjaya buat saya nak tonton banyak kali tetapi Ombak Rindu kalau beri tiket free pun belum tentu saya hendak tonton lagi.