Ombak Rindu tak Best...Bosan...

1.12.2011 merupakan hari paling yang dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. lebih-lebih lagi yang kaki novel

OMBAK RINDU...sebuah cerita yang diadaptasi novel ke layar perak itu menjadi kenyataan apabila pengarah filem lagenda budak setan berjaya menyempurnakan movie Ombak Rindu.

Buat pengetahuan semua, saya tidak pernah tahu wujudnya Novel ombak rindu apatah lagi membacanya. jika  saya membaca novel Ombak Rindu pasti tak Best...Bosan... sebab, saya tidak suka baca novel dan menanti novel-novel yang akan datang. lagi-lagi kalau novel tu bersambung. cukup malas.

" Filem Ombak rindu ini, memang diambil dari sebuah novel klik, tetapi kalau  kita baca novel tersebut mungkin makan masa 5 jam, apatah lagi jika kita ingin filemkan novel tersebut? mungkin akan jadi 6 atau 7 jam. so kita ringkaskan cerita itu supaya ianya padat dan memberikan kesan kepada penonton." ujar maya karin

Sangat best cerita tersebut, walaupun jalan cerita dia agak slow, tapi setiap saat itu, terserlah kehidupan watak oleh aron aziz dan maya karin. sangat terusik jiwa.

Perjalanan cerita yang sangat tersusun dan teratur, lakonan mantap oleh maya karin sebagai anak kampung.

Berikutan saya yang kurang berminat untuk menonton filem-filem melayu, kali ini saya beri "FIVE STAR" untuk OMBAK RINDU.

                   

Memang best dan sangat-sangat best. pergi lah tonton sementara belum keluar cetak rompak. Kerana suasana didalam panggung berbeda dari anda tonton dirumah. tidak rugi anda menonton.


Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures



Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.



Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.


Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.





Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

0 Response to "Ombak Rindu tak Best...Bosan..."