Kuis Tidak Relevan Bebankan Pelajar

Kuis( Kolej Universiti Islam Semalaysia ) semakin hari semakin nampak kepincangannya setelah beberapa aduan dibuat atas permasalahan ini.

Paksaan untuk mewajibkan pelajar tinggal di asrama ini juga diketahui berpunca daripada perjanjian yang telah termeterai antara pihak pengurusan KUIS dengan pihak pemaju yang menjalankan projek membina dan mengurus asrama tersebut iaitu Redha Resources Sdn Bhd.

Difahamkan pihak KUIS dikehendaki membayar sebanyak berbelas jutaan ringgit setahun kepada syarikat pemaju tersebut dan mengikut perjanjian ia harus dibayar selama 30 tahun. Oleh yang demikian, untuk mendapat pulangan kewangan kembali, pihak KUIS telah memaksa para pelajarnya untuk wajib tinggal di asrama tersebut dan ini telah mengakibatkan pelajar berada di dalam keadaan tersepit dan berhadapan dengan masalah kewangan yang serius.

Masalah kewangan yang dialami oleh pelajar KUIS ini telah menjadi semakin teruk apabila ada sebilangan pelajar yang gagal mendapat pinjaman kewangan dan ia ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi dengan terpaksa menanggung kos pembelian buku-buku pengajian yang mahal dan yuran pengajian di KUIS yang mahal serta sentiasa meningkat saban tahun. (Pernah meningkat sebanyak 100%)


Selain itu, akibat daripada kekangan kewangan yang menimpa mahasiswa di KUIS, bukan sahaja terdapat sebilangan pelajar KUIS yang terpaksa bekerja separuh masa untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi dan yuran yang mahal di KUIS, malah terdapat juga beberapa mahasiswa yang terpaksa menangguhkan pengajian & berhenti pengajian di KUIS akibat daripada masalah kewangan yang telah menimpa mereka.

"Kami para pelajar telah berbincang dan ‘bertekak’ dengan pihak pentadbir mengenai peraturan baru ini namun, pihak kolej tidak mahu bertolak ansur demi pelajar.  Bagi peraturan pertama, tindakan KUIS melarang pelajar untuk membawa kenderaan masuk ke dalam kawasan kolej telah membebankan para pelajar untuk ke kelas, keluar makan, balik kampung, ke perpustakaan luar, membeli barangan harian, dan sebagainya."

"Apabila kami mahukan sebab, pihak kolej memberikan alasan tidak munasabah seperti tidak mahukan berlaku pencemaran udara, tidak cukup tempat letak kereta, masalah pergaulan pelajar lelaki dan perempuan, dan masalah kesesakan lalu lintas. Hal ini menunjukkan seolah olah pentadbir di KUIS adalah seorang budak yang tidak matang. Mereka melarang pelajar menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada serta mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenai masalah kekurangan tempat letak kereta sedangkan yuran yang dikenakan kepada pelajar KUIS terlalu tinggi." Ujar Sumber.


KUIS adalah sebuah kolej dibawah MAIS, Adakah pihak MAIS sekkadar melepaskan batuk ditangga atau Pihak MAIS sendiri yang mengubal peraturan tersebut?

Untuk mengetahui luahan hati ibu seorang pelajar KUIS klik sini

0 Response to "Kuis Tidak Relevan Bebankan Pelajar"