Al - Fatihah Buat Keduanya.

111111 adalah satu tarikh yang cukup cantik, mungkin bagi sesetengah pihak, cuba mengambil peluang untuk bernikah mahupun membuat majlis-majlis tertentu.

Berbeda dengan harapan seorang suami dan isteri yang mahu melihat kehadiran orang baru ke bumi Allah ini, setelah 9 bulan menanti, bertukar menjadi tragedi yang tidak diingini berlaku orang lain.



Setelah mengetahui mereka bakal mendapat cahaya mata perempuan beberapa bulan lalu, amatlah dinanti-nantikan kerana sebelum ini kedua anak mereka adalah lelaki.

Tetapi kita merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Kehadiran Nurul Iman Mohd Hafidz ke dunia ini hanya sementara, Seakan ianya seperti persinggahan untuk tatapan keluarga. sesungguhnya semua perkara itu tidak dapat diungkap dengan kata.

Yang memilukan hati, permergian Nurul Iman bukanlah seorang diri, tetapi ditemani ibunya.

Ayah kepada 2 orang anak itu, cukup tabah menghadapi dugaan Allah. Pasrah dengan apa yang berlaku. setelah mengetahui Rahim isterinya pecah sebelum melahirkan anak dan hanya berserah kepada Allah.

"Tarikh 11.11.11 cukup bermakna kpd family kami. kakak ipar kami Rozi Hartini Abdul Aziz syahid pada awal pagi jumaat yg mulia, akibat komplikasi pembedahan ketika labour. puteri sulung yg dinanti-nantikan turut meniggal ketika dilahirkan. sememangnya arwah adalah insan yg layak dipilih oleh Allah untuk meninggalkan kami dgn husnul khatimah, InsyaAllah. Semoga Hafidz Malik tabah menjaga 2 putera amanah arwah dgn sebaiknya. Al fatihah.." ujar Farhiah Malik



Husnul Khatimah bermaksud berakhimya kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik sebaliknya su’ul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk. Oleh itu, manusia hendaklah berusaha mendapatkan husnul khatimah pada penghujung kehidupannya.

Antara komen-komen difesbuk KLIK dan kisah dari zaman kanak-kanak
Saya tiba di Darul Ehsan Medical Center (DEMC) jam 4.30 pagi, dan hanya kedengaran tangisan mereka-mereka yang saya jangkakan keluarga arwah.

Seorang demi seorang keluarga yang hadir bagi memberi semangat kepada Suaminya itu.

Tiba-tiba kami didatangi oleh sebuah keluarga yang tidak dikenali untuk mengucapkan tazkiah kepada kami.

"Semalam sempat lagi saya berborak dengan mereka, ketika itu arwah sihat lagi, tak nampak macam sakit. tapi semuanya kekuasaan tuhan. saya pun macam tak percaya.

Saya kat sini sebab teman abg saya, dia koma kat ICU tu, ni ayah saya dan ini mak saya.." kenal lelaki yang berusia lingkunan 30an itu...

Lalu mereka meminta untuk mengundurkan diri, barangkali sudah lama berada dihospital.

Di antara kata-kata terakhir dari seorang sahabat KLIK

Kalau dilihat dari jalan cerita yang dirangkumi, perkara ini berlaku  tanpa pengawasan doktor atau pun doktor meninggalkan pesakit tanpa periksa.

Memang benar alat pengesan jantung baby itu dipasang, mengapa apabila sudah parah baru doktor ketemui. sedangkan pergerakkan jantung baby boleh dikesan melalui alat yang dipasang?

Untuk pengetahuan, Anak itu, meninggal dalam perut, sedangkan pesakit sudah berada dihospital satu hari awal sebelum kepergian mereka.

Ajal maut ditangan tuhan, dan kita hanya berserah kepada Allah untuk menentukan segalanya.



Ketabahan hati suami jelas terpampar diwajahnya, setiap orang bersalaman dengannya, beliau hanya mengingatkan supaya mendoakan untuk kedua arwah.

Al-fatihah...


5 Responses to "Al - Fatihah Buat Keduanya."

shah berkata...

Takziah

akuzle ayu berkata...

kalo difikirkan mg sakit hati tp sbgai hambaNYA kiter kne redha. tqvm 4 the credit.. saudara neh kwn suaminya atau sedara mara?

Bonda Humaira & Uzair berkata...

assalamualaikum...SMTI
Al Fatihah untuk arwah..

Panglima-api berkata...

hurmmm..to lah akuzle ayu. nak wat cam ne...kena redha la ape yg terjadi...abg hafiz merupakan abg kepada kakak ipar sy, family kakak ipar kami, memang rapat ngan kami semua...

sweetazezah berkata...

salam ukhwah...baru terjumpa blog encik panglima api(PA),lalu terbaca kisah sedih pemergian dua branak...betul ajal maut,jodoh pertemuan allah yg tentukan,tapi penyebab atas kematian adalah kelalaian manusia,mnjadikan saya sgt2 marah pada mereka yang LALAI@kerja sambil lewa..apepon,takziah buat PA&bro tu..smoga beliau tabah&berjaya mendidik anak2nya menjadi insan berguna dcc agama..ameeennn..