" Ada Hantu Rasuk Orang"

"Boy, aduh...kamera baru aku tertinggal dalam kete la...cam mane ni..." bbm adam kepada saya.

ketika itu kami sudah hampir masuk ke persimpangan cheras/kajang.

Lokasi kami ketika itu, bertempat dikampung baru cheras. Berikutan salah seorang penduduk mendakwa sering kali menemui entiti yang tidak dapat dikenal pasti.

Azree sangkut dalam jem. Road Block Kat The mines" jelas razali.

hakikatnya, Azree tinggal di Putrajaya. Semangat kental beliau membuatkan kami teruja dan semangat untuk menjalankan tinjuan.








" Sekitar kawasan ini, memang sering keluar hantu bang. lepas ada orang meninggal 2 tahun lepas. Sekarang ni, mane ada orang kuar da bang, kul 9 je da sunyi..." Jelas hafiz.

Abis, kamu ada nampak ke? soal saya.


" Hurmmm...2 minggu lepas bang, saya pun tak tau ape benda tu, tiba-tiba benda tu melintas depan saya, saya tergamam..terus balik umah bang..pastu seminggu saya demam" ujar hafiz.



Kami memulakan perjalananan disekitar kawasan berkenaan, tetapi kami mempunyai masalah berkenaan tempat yang dikatakan bermasalah itu. Kalau diperhatikan sekitar kawasan perumahan ianya seakan-seakan pertempatan rumah teres, dihadapan rumah, belakang rumah depan rumah tepi pun rumah.








Kami cuba mencari lokasi yang sesuai. Perjalanan kami ditemai 3 remaja belasan tahun yang mendakwa berlakunya kejadian aneh.

Rumah ni pun agak menarik jugak, Ujar adam kepada kami.






Kita nak pasang perakam pergerakan infrared ni kat mana? ujar razali....

"Abg nak pasang kat depan pun boleh"....kata adam






Alamak....Memory card takde....jerit razali...

Lantas saya mengeluarkan memory card kamera dan menyerahkan kepadanya.

 Ade orang kat sebelah...cuba gi tanye...celah saya kepada mereka.

"Sini boleh bang kalau nak tinggal kamera, tapi risau skit la, sini banyak mat pet...tgk la semua besi kat rumah ini. habis kosong. ujar remaja berusia 30 itu."

lantas kami berpendapat tidak tinggalkan perakam pergerakan infrared berikut masalah itu.

Kami meneruskan perjalanan dan mencari loskasi lain.

"Tempat ini payah la adam, kawasan dia tu, payah skit.  keliling rumah orang. Mau kena kejar ngan orang kampung nanti...ujar saya dan razali.


kami berfikir seketika.

VJ, crew 666 mencadangkan kita ke sebuah lokasi jirat cina yang terletak di Bandar Tun Razak.

Semua kru bersetuju.

Tiba dilokasi sekita jam 2 pagi. hanya bunyi kenderaan sahaja yang kami dengar..









"Ok kita letakkan perakam pergerakan infrared kat atas. pastu kita picnic kat tengah-tengah ni.".ujar Razali.







Tak pernah dibuat orang wei...lepak kat tengah-tengah jirat cina ni, sambil teguk air mineral sebotol dan roti yang disponsor oleh bro Shuhaimi...ujar razalikami tertawa beramai-ramai.

Jelas sekali tiada apa yang dapat direkodkan oleh perakam pergerakan infrared.

0 Response to "" Ada Hantu Rasuk Orang""