7 November 2008 ( Janda Baik ) - Pengalaman Penjualan Buku 99 Jelmaan Makhluk Halus

7 November 2008 ( Janda Baik ) - Hari Ini Dalam Sejarah, Team PSI ataupun dulu dikenali sebagai Seekers Malaysia dibawah pimpinan Syed Abdullah Al-attas ataupun Uncleseekers telah berjaya mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk "99 jelmaan Makhluk Halus". Pada hari ini, Team PSI telah berjaya menambat hati seorang pembaca untuk membeli buku "99 Jelmaan Makhluk Halus yang bernilai RM1000 dan beliau juga adalah orang yang pertama membeli buku tersebut. kata beliau,

"saya berminat dengan buku ini, dan saya terus membuat panggilan untuk membuat temu janji bagi saya dapatkan buku ini. Bagi saya, buku ini adalah buku yang terlalu banyak fakta dan juga berkemungkinan dapat melatih minda saya supaya terbuka untuk mengetahui tentang dunia makhluk haluk ini. Taniah juga saya kepada Team Psi kerana telah berjaya mengeluarkan buku yang setebal ini untuk peminat dunia paranormal di Malaysia." Jelas Pembeli

Sehubungan dengan itu, Uncle juga menceritakan proses bagaimana lahirnya buku ini kepada kami. Sungguh tidak percaya kerana dengan setebal buku ini, prosesnya mengambil lebey kurang 6 tahun untuk menyiapkan keseluruhannya.

" Saya tak kisah orang nak cakap saya apa pun, saya telah melaksanakan tugas saya untuk mengeluarkan buku ini hampir 6 tahun dan memberitahu kepada semua rakyat malaysia yang mana mitos dan yang mana benar. Segala unkapan di dalam buku ini semuanya mengikut kepercayaan orang Melayu. Orang nak kata saya gila ke, saya tak betul ke, saya tak peduli dengan kata-kata mereka. Tapi kenapa mesti mempersoalkan tentang saya. kan ramai lagi manusia didalam malaysia ni yang buat kerja macam saya...."Ujar Pembeli.

0 Response to "7 November 2008 ( Janda Baik ) - Pengalaman Penjualan Buku 99 Jelmaan Makhluk Halus"