Kejayaan Itu Milik Semua Orang


Selama kihidupan yang telah aku lalui dari kecil hingga dewasa sekarang, seringkali ada sesetengah manusia yang tidak pernah terlupa untuk iri hati dengan kebolehan aku.

Minat dalam bidang graphic lebih mendalam daripada minat wiring umah orang. Aku yang berkelulusan Sijil tahap 1 & 2 dikolej swasta jauh sekali tersasar dengan bidang yang aku ceburi sekarang.

Minat dalam dunia penyiaran semakin tinggi berbanding alam elektrik yang telah lama aku tinggalkan. selama kehidupan aku dalam bidang penyiaran, semua posisi aku dah merasai melainkan tempat-tempat bos sahaja yang belum aku terokai.

Pengalaman banyak mengajar aku erti kehidupan, dalam masa yang sama aku juga merupakan seorang jurulatih bagi program yang dianjurkan oelh syarikat abg aku, alam cendana resources.


Dahulu, pernah aku inginkan untuk menjadi seorang graphic desinger yang digeruni ramai, tetapi langkah itu terhenti apabila aku berada dalam dunia penyiaran. Setiap manusia ada kelebihannya yang tersendiri dan aku dianugerahkan kelebihan itu sedikit mungkin dari mereka-mereka diluar sana. Dengan kepantasan minda aku dalam kemahiran membuatkan aku lebih cepat belajar dalam setiap perkara.

Kadang-kandang aku terfikir mengapa mereka sangt iri hati dengan aku. sedangkan aku tidak pernah kacau kehidupan mereka. Mengapakah ada sedemikian manusia yang sebegini? adakah mereka yang ditunjukkan tuhan untuk menguji kehidupan aku?

Mula berfikir panjang, Umur semakin hari semakin meningkat. Wajah makin hari makin berkedut, bijak makin hari semakin lupa. itu lah yang akan dialami setiap manusia. Lantaran itu aku sendiri tidak pernah pahan apakah yang akan terjadi kepada ku suatu hari kelak. Hanya aku bersabar dan terus menunggu apakah yang akan terjadi dan terus terjadi. aku sentiasa redha dan bersyukur.

Orang yang mungkin sedang bergembira dengan kemewahan yang melimpah ruah, tidak sebagai kehidupan aku berbanding mereka membuatkan aku terus berfikir dan berfikir apakah yang akan berlaku. adakah aku akan terus berjaya dimasa akan datang dan mungkin aku terus sebegini? persoalan itu hanya boleh dijawab oleh diri aku sendiri sahaja.


Dengan berbekalan SPM yang tidaklah sehebat amalina yang mendapat straight A's dalam SPM ini membuatkan aku tidak dapat kemana-mana. Tapi dengan berbekalkan pengalaman, insyaAllah tuhan akan bukakan laluan untuk aku terus mencapai hasrat murni ku ini.

Ini lah antara resume aku yang dapat aku coretkan buat pembaca.

The moral of the story, belajar melalui pengalaman lebih bermakna dari belajar hanya dengan menggunakan mata sahaja. jadi jangan lah kita rasa bongkak dan iri hati atas kejayaan orang lain. Jika mereka berjaya dalam mencapai cita-cita mereka, mungkin itu adalah satu bonus bagi mereka, jika kejayaan anda belum tercapai, jangan putus asa. Pasti kejayaan yang kita kejar itu akan kita kecapi pada masa akan datang. seperti kata perpatah "gagal sekali tidak bermakna kita gagal untuk selama-lamanya. orang yang berjaya adalah orang yang tidak pernah rasa akan putus asa"

0 Response to "Kejayaan Itu Milik Semua Orang"