tak mau begitu...tapi terpaksa.....

Kadang-kadang apa yang kita buat tidak semestinya disenangi oleh mereka-mereka disekeliling kita. Apagunanya mata dan pangkat jika tidak nampak kemuruduman sesuatu perkara. Apa guna pengalaman jika tidak digunakan sebaik mungkin.

Bercakap berkenaan pengalaman, pengalam tidak semestinya bagus, pabila diberikan kepercayaan memegang sesuatu jawatan. sedangkan pengalam yang ditimba stu ketika dahulu sebenarnya bukan bidang dia yang sebenar tetapi menceritakan sebaik mungkin yang beliau telah menerima segala pengalaman tersebut.

jadi disini, manusia seperti ini perlu dibuang jauh-jauh dari pandangan manusia yang bijak-bijak, kerana manusia seperti ini lah yang akan mengucar ngacirkan syarikat anda, ditambah pula ianya adalah seorang pengipas yang berjaya, untuk mengetahui bagai mana untuk menjadi pengipas yang berjaya, baca disini.

Hari ni, 9 september 2011. 2 keping surat cinta hadir kepadaku. Melayang sekejap perasaan membaca surat tersebut. Surat cinta katakan, satu surat sebab mengapa tidak hadir mesyuarat setelah sekian lama. satu lagi sebab surat tidak hadir kerja.

Dalam keadaan opis yang semakin runcing ketika ini pun boleh dapat surat cinta. katanya lebih baik buat dari buat tak tahu.

Almaklum lah. dah 3 bulan bergerak tanpa bos. so ini lah jadinya. andai mereka perasaan ap yang berlaku sebenarnya. kesian, sangat kesian, aku yang hadir ke opis, cukup time je aku melelapkan mata, cuma tidak enak tido diopis ni kerana keadaan yang tidak selesa. baik lelapkan mata dirumah.

Dalam menjana pendapatan yang tidak tahu kemana arah tuju waktu ini tatkala orang lain sudah mendapat ketetapan hidupan mereka. aku masih mencari-cari jalan penyelesaiannya. Nak bantu nanti kata aku pandai sangat. kalau tidak ditegur atau dibantu, 3 bulan ni sekadar menggerakan roda basikal dengan kaki sahaja, dan tak pernah terpikir untuk menggunakan elektrik.

tindakan tatatertib? adakah gerun kepada perkataan tersebut? bagi aku itu adalah perkara biasa. tidak logik lah kalau dikenakan kepada sedangkan ramai lai manusia lagi hebat dari aku.

biarlah apa pun nak terjadi, demi kepentingan aku yang akan bergelar ayah kepada anak aku dalam masa 4 bulan lagi aku harus mencari penyelesaian secepat mungkin.
InsyaAllah aku akan terus berada dibidang penyiaran walaupun aku tidak berada bersama anda semua. cuma berikan aku sedikit masa untuk terus duduk dikerusi panas ini seketika, setelah semuanya lengkap disusun rapi.

0 Response to "tak mau begitu...tapi terpaksa....."