Jiji Burger Mencetak T-Shirt 666 (Gambar sampel baju disertakan)


"Saya dilahirkan di Kampung Ulu Kuang, Chemor, Ipoh, Perak dan umur saya 38 tahun. Masa berusia 21 tahun, saya kerja kilang aluminium di Petaling Jaya, Selangor.  Malangnya sayaaccident di kilang, overhead crane jatuh, tulang belakang saya terkena sikit sahaja, kalau terkena tepat memang saya mati. Sekarang ini saya OKU, fractured di L4 dan L5, spinal cord," ujar Norazazi.

Norazizi Ya'akob, Pengarah Urusan Aras Mahligai Sdn. Bhd.


"Masa berumur 27 tahun, saya berhenti kerja. Selepas itu saya berniaga, menjual burger, kebab, air, bebola goreng menggunakan lori kecil. Berkahwin masa umur saya 25 tahun dan pernah duduk rumah setingan di Kampung Lanun, Petaling Jaya masa umur saya 4 tahun. Bapa saya antara orang meneroka Segambut dan Kampung Kerinci," terang beliau.


"Siapa nama ayah?," soal saya.

"Ya'akob Ahmad, 72 tahun, ayah saya director kedua syarikat ini," jelas Norazizi.

Beliau menubuhkan syarikat percetakan, Aras Mahligai pada 6 Oktober 7 tahun lalu.


"Dahulu orang panggil saya 'Jiji Burger', saya ada 4 stalls di Kampung Lanun, Uptown dan Seksyen 17, Chao Yang, di tepi padang, budak-budak despatch tolong saya, part time masa itu. Dalam masa berniaga, saya terjumpa guru saya dalam bidang printing, saya belajar kira-kira 2 tahun," katanya.

Razali dan penyingkap fakta, Ishak Omar, 31 tahun turut berada di pejabat Norazizi di 44-1, Jalan Dinar FU3/F, Taman Subang Perdana, Shah Alam, Selangor.

Untuk kerja percetakan, sila hubungi Norazazi di talian 03 7845 4763.


"Apakah antara faktor mendorong pelanggan datang kembali?," soal saya.

"Pertama, saya pentingkan kepuasan pelanggan dan kedua servis kena bagus, saya suka kalau clients are my friends. Pengalaman saya berniaga di tepi jalan masa menjual burger, mengajar saya berkomunikasi dengan orang ramai. Masa berniaga burger dulu saya sudah mula mengamalkan kaedah my client is my friend," terang beliau.

Yup! My client is my friend, I like that!

Kerana kepercayaan itu juga kru 666 kembali semula bertemu Norazizi untuk mendapatkan khidmat beliau mencetak kemeja-T kru tetap 666 dan Penyingkap Fakta.

Norazizi, tolong tunjukkan kepada semua pembaca sampel kemeja-T untuk Penyingkap Fakta ...


"Baju berkain cotton ini dicetak menggunakan teknik silk screen. Saya akan mencuba menyiapkan sekurang-kurangnya 50 helai baju sebelum kru 666 bergerak ke Ulu Bendul Sabtu ini," jelas Norazizi.

Untuk rekod, 10 kru 666 akan melakukan tinjauan ke Ulu Bendul dan jalan Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1 Oktober 2011. Setiap kru Penyingkap Fakta akan menerima sehelai kemeja-T terbabit sebagai tanda terima kasih kami.

Hanya tinggal 2 sahaja tempat kosong diperuntukkan kepada kru Penyingkap Fakta, mereka klik 'like' di sini sekiranya berminat menyertai tinjauan bersama kru 666.

Sila hantarkan emel bersama butiran diri ke razarro@yahoo.com secepat mungkin.

Jika berminat membeli kemeja-T Penyingkap Fakta terbabit, sila hantarkan informasi melalui emel ke alamat di atas atau hantarkan pesanan ringkas kepada Razali Harun, 016 231 5812disertakan nama penuh, alamat, saiz dan kuantiti baju.

Baju dicetak bersaiz, S, M, L, XL dan XXL, berharga hanya RM25 setiap satu, tidak termasuk bayaran khidmat Pos Laju ke seluruh negara.

Hanya 500 baju dicetak untuk edisi pertama justeru stok terhad.

Terima kasih juga kepada Kasturi Syifa di atas kepercayaan serta kesudian menyokong usaha kami selami ini. Sekiranya pembaca ingin mendapatkan bekalan minyak wangi diaurakan dengan bacaan Al-Quran itu, sila hubungi Puan Lin di 012 6277 300 pada bila-bila masa.

untuk keterangan lanjut KLIK sini

0 Response to "Jiji Burger Mencetak T-Shirt 666 (Gambar sampel baju disertakan)"