Cerita Hari Ini dan Semalam

Barangkali manusia zaman sekarang lebih suka memerintah dari zaman dulu yang pentingkan kerjasama.

Dalam masyarakat setempat, kerjasama diantara satu sama lain itu adalah sangat penting untuk melaksanakan sesuatu tugas, jadi hari ini, kita boleh lihat sejauh manakan pemimpin-pemimpin kita yang sering bertelanggah antara satu sama lain, justeru lebih fitnah memfitnah baik sesiapa pun.


Adakah ini "TREND" atau pun memang semula jadi. Untuk kepentingan sendiri, sanggup mengadaikan apa yang ada demi kepentingan peribadi.

"kita ni hidup bermasyarakat, jangan la nak fitnah sana fitnah sini. kalau nak hidup sorang-sorang gi duduk dalam hutan sana. sape pun tak kacau, tu pun kalau diterimalah oleh binatang-binatang dan hutan dalam sana". Ujar ajid yang merupakan sahabat saya ketika saya bujang dahulu.

Beliau masih terpinga-pinga lagi tentang jodoh. bila masakah dirinya sendiri akan mendirikan rumahtangga sedangkan ramai sahabat diantara kami yang sudah berumahtangga.

Nizam dan isteri tersayang.
Menyingkap perbualan kami, Raja Mohd Nizam atau nizam, mula menanyakan kepada saya berkenaan mahkluk halus, dan terus saya mencelah itu semua kepunyaan Allah, ada baik dan ada buruknya.

"Apa yang baik dan apa yang buruknya"? tanya nizam.

Yang buruknya ia mungkin boleh menyesatkan seseorang. dan boleh menyusahkan orang ramai dan yang baiknya adalah dia boleh kawal mat2 rempit dari pada berlumba dan melepak tak tentu hala. jelas saya.

kenapa pulak??

Baik cuba kamu bayangkan ketika kamu sedang merempit atau melepak atau buat kerja-kerja yang tak berfaedah?.... tiba-tiba muncul pulak sebelah kamu. apa yang kamu buat...? tanya saya.

" caaaabbutttt laaaa..apa lagi....". jawab nizam.

Lantas aku dengan sendirinya tersenyum dan tersengih tersipu-sipu kerana jawapan itu dijawab olehnya sendiri.....

Bercerita berkenaan Entiti Paranormal kepada sahabat-sabahat karib sungguh menyeronokkan kerana dengan sendirinya terasa seperti keadaan sebenar.

Untuk info, Kru 666 akan membuat tinjauan ke bukit putus dan Hutan lipur Ulu Bnedul untuk kajian. Lalu terus saya bertanyakan pengalaman mereka-meraka yang pernah lalu disitu.


"tak silap dalam pukul 12 lebih kot, tengah2 jalan kiteorang macam biasa la bukak lagu, aku pon dah ngantuk2....jelas kaishi.

lepas tue radio yang dipasang tue mati tetiba and disambut dengan suara mengilai yang aku rase mcm sebelah aku je, kuat gile, motor2 belakang dah bagi high beam pada kiteorang, then aku diam je, dalam hati aku baca segala surah yang aku tahu,lebih kurang dalam 5 - 10 minit jugak gangguan tue,,,,,"

"Pernah terjadi pd saya dimana jalan disitu belok2 tapi sya nampak macam lurus aje nasib baik co pilot tegur klu tidak" jelas zakim.

“Saya ingat tarikh dan waktu kejadian iaitu pada jam 4.15 pagi 14 April 2004. Saya terlihat dua makhluk menyerupai seorang datuk dan kanak-kanak kecil sedang merangkak di tengah-tengah jalan di Bukit Putus, Kuala Pilah.

“Saya yang terkejut melihat kelibat dua makhluk itu cuba mengelak lalu kereta dipandu terjunam dalam gaung.

“Bayangkan, dalam berseorangan, saya gagahkan diri merangkak ke atas sebelum pengsan,” katanya yang ditemui keesokan hari. Disebabkan insiden itu, shidi terlantar 17 hari dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), jelas ajid.

hampir 3 jam kami berborak bertukar cerita.

Remaja Taman Klang Perdana
Setiap manusia ada pengalaman masing-masing, mungkin ada mereka pengalamannya lebih ngeri daripada kita semua. dan kita tidak tahu sejauh mana kebarangkalian perkara itu berlaku.

1 oktober adalah satu tarikh yang dipilih oleh Team 666 yang ingin menjalankan kajian ke bukit putus dan ulu bendul.

0 Response to "Cerita Hari Ini dan Semalam"