Kaki Kipas Terbaik Kelas Dunia



Jika hendak dibandingkan dengan 'kaki kipas', bagai langit dengan bumi. Orang hendak keluar lunch, dia baru masuk kerja. Kata ada di sekian-sekian tempat, tapi suara anak menangis jelas kedengaran di dalam talian. Bab kerja memang 'up to date' sehingga bos terpaksa membayar denda sebab lewat memperbaharui lesen. Haha..

Bacalah skrip ni : Jack & Bos

JACK, KIPAS DAN ...


Aku Jack, orang kesayangan bos kat ofis. Kerjaku angkat bos tinggi-tinggi supaya dia sentiasa rasa gemilang lagi terbilang. Hmm..sebenarnya bos aku tu pendek saja.


Ini kawan seofisku, nama dia Kipas. Dia selalu pastikan bos dalam keadaan sejuk dan nyaman, ala-ala di sorga gitu. Seperti aku, bos juga sayangkan Kipas.


Namun ada seorang lagi kawanku, Lidah namanya. Dia ni macam anak emas bos. Kami menyampah kalau dia ada. Entah apa dia selalu buat kat bos sampai bos sangat sayang padanya….....


Memang tak senang duduk 'kaki kipas' ni, kalau dah terkantoi dengan bos. Ke hulu-ke lihir berjalan, ber'tawaf' satu pejabat, buat-buat bertanya itu dan ini, jika dia nampak kelibat bos. Walhal baru masuk kerja time orang nak keluar makan tengahari tu!

Pergh, dia punya kipas, mengalahkan aircond 8hp, tak kisah tak masuk kerja sekali pun, sebulan 3 kali pun tak de masalah. satu tindakan pun tidak diberi. Kesian dekat staff yang lain, kerja susah payah, terima gaji sikit. Mereka?? gaji sudah lah tinggi, tapi buat kerja macam office sendiri. ditegur salah tak tegur pun lagi salah. bila kita nakkan orang hormat kita, please respact org tu dulu. jangan mengharap orang untuk hormat kamu jika kamu tidak hormat orang.

How to deal dengan 'kaki kipas' ni. Jangan kasi muka. Jangan cover line. Jangan tolong. Sendiri cari masalah. Sendirilah menjawap dengan bos. Anda jaga kerja anda mengikut skop kerja yang telah ditetapkan dalam surat tawaran kerja. Selain dari itu, say..'sorry..kerja tu tak termasuk dalam skop kerja i..'. Bos pun tak boleh kata apa sebab kita kerja ikut skop.

Kepada 'kaki kipas', gaji yang kita terima setiap bulan untuk diberi makan kepada anak, isteri mahupun dikirim kepada kedua ibubapa setiap bulan. 'Halal' kah status gaji anda, seandainya itu sikap anda. Bukan setakat makanan yang haram perlu di elak, sumbernya juga perlu kita fikir.


Tapi yang bestnya, setiap tahun bos tak lupa naikkan gaji 'kaki kipas'. Agak-agaknya lah bos dah kena 'ubat guna-guna' ker??!!

" Apalah kau ni, sikit-sikit bomoh, dah nama pun kaki kipas..sure kuat dia kipas bos sebab tu gaji tetap naik walau kualiti kerja teruk gila."


0 Response to "Kaki Kipas Terbaik Kelas Dunia"